Sistem Modular STPM Memperluas Maksud Sebenar Pendidikan

Sistem Modular STPM Memperluas Maksud Sebenar Pendidikan

Cadangan memperkenalkan sistem modular bagi menggantikan sistem penggal Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah baik kerana ia bertujuan mendekatkan pelajar dengan maksud sebenar pendidikan dan tidak hanya menekankan kepada aspek peperiksaan semata-mata.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, melalui sistem modular, persepsi masyarakat terhadap peperiksaan dapat dilonggarkan dan maksud pendidikan diperluas melalui proses pembelajaran.

MPM tidak mahu tumpuan hanya diberi kepada peperiksaan sehingga keseluruhan aspek pendidikan diabaikan. Idea ini sangat baik tetapi perlu berhati-hati dalam pelaksanaannya kerana bimbang ia akan menimbulkan isu yang boleh dipolitikkan oleh ahli politik yang bankrup idea.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah berkata, MPM akan memperkenalkan satu sistem modular bagi menggantikan sistem penggal STPM menjelang 2011.

Katanya sistem modular yang berasaskan kepada tiga semester adalah serupa seperti sistem di universiti, dengan pelajar hanya perlu menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding dengan sistem penggal di mana pelajar perlu mengingati fakta yang dipelajari dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke hari terakhir mereka di Tingkatan Enam Atas.

Dr Wee telah berkata 20 hingga 30 peratus akan berasaskan kepada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain di samping kerja amali manakala bakinya berasaskan kepada peperiksaan pusat.

(Sumber :  Bernama)

This entry was posted in STPM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s