STPM Tahun 2011 Mengikut Sistem Modular

STPM Tahun 2011 Mengikut Sistem Modular

Pengajian di tingkatan enam akan dibuat mengikut semester apabila sistem peperiksaan baru Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diperkenalkan pada 2011.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran akan menukar sistem peperiksaan STPM daripada sistem terminal sedia ada kepada sistem modular yang meliputi tiga semester bermula tingkatan enam rendah hingga tingkatan enam atas.

Beliau berkata, sistem terminal yang diamalkan dalam peperiksaan STPM sekarang hanya menilai kecemerlangan pelajar berdasarkan keputusan mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan itu sahaja.

Sistem modular yang bakal diperkenalkan pula akan mengambil kira markah kerja-kerja kursus pelajar sebagai sebahagian daripada keputusan peperiksaan STPM mereka.

Menurutnya, sebanyak 20 hingga 30 peratus keputusan peperiksaan STPM akan bergantung pada markah kerja-kerja kursus yang perlu dilaksanakan oleh pelajar tingkatan enam.

Sebanyak 70 hingga 80 peratus keputusan STPM pula akan bergantung pada peperiksaan awam yang akan diadakan pada akhir tahun pengajian para pelajar itu.

Beliau berkata, peperiksaan akhir tahun masih diperlukan dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila mereka memohon memasuki universiti dalam bidang pengajian tertentu.

Kementerian Pelajaran akan mengumumkan secara terperinci mengenai sistem peperiksaan baru ini tidak lama lagi.

(Sumber :  Utusan Malaysia)

This entry was posted in STPM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s